GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Teknik Mudah Sendawakan Bayi Selepas Menyusu


Secara umumnya, penyusuan bayi mengikut permintaannya apabila dia kelaparan. Bayi mungkin menunjukkan reaksi menangis, memasukkan jari dalam mulut atau membuat bising. Bayi baru lahir memerlukan tempoh dua jam sekali untuk menyusu.

Jika dia menyusu badan, bayi memerlukan 10 hingga 15 minit setiap kali penyusuan. Jika susu formula, bayi menyusu lebih kurang 60 hingga 90 mililiter setiap kali penyusuan. Sebahagian bayi yang baru lahir akan bangun daripada tidurnya setiap beberapa jam untuk menyusu.

Jika lampin bayi kerap basah (lebih kurang enam kali sehari), tidur yang nyenyak dan berat badan bertambah, keadaan ini menunjukkan dia dalam keadaan kenyang. Bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke dalam badannya yang boleh membuatkan dia tidak selesa.

Ibu boleh mengatasi keadaan tersebut dengan menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan. Terdapat beberapa cara untuk sendawakan bayi:

1.      Pegang bayi dan sandarkan kepalanya pada bahu anda. Sokong kepala dan bahagian belakang ketika anda mengusap lembut belakangnya.

2.      Dudukkan bayi di riba anda. Pegang dada dan kepalanya dengan sebelah tangan anda dan secara lembut usap bahagian belakang badannya.

3.      Meniarapkan bayi anda ke bawah. Sambil itu pegang kepala bayi dengan lengan anda. Usap lembut belakangnya.

4.      Jika bayi tidak sendawa selepas beberapa minit minum susu, sendawakan bayi dengan pelbagai posisi sehingga 10 ke 15 minit.
Sumber: Majalah PaMa

p/s: Teknik pertama antara yang paling berkesan... 

2Ulasan

  1. slalu nampak mak zara buat mcm ni bila jaga cucu2 dia..hehe,, hope zara dan suami di beri peluang tahun ni ntuk miliki cahaya mata .. amin

    BalasPadam
  2. thanks for sharing kak..dulu time kecik2 slalu gak tgk kakak buat kat anak dia mcm nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ