GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Suami minum susu isteri.. apa hukumnya???

Masih ramai yang keliru tentang hukum suami terminum susu badan kepunyaan isteri.. ada yang mengatakan hukumnya haram.. ada yang kata harus ada yang kata hukumnya terbatal nikah.. ada yang kata suami dh jadi saudara susuan dgn isteri,.. dan macam2 lagi la orang kata.. dari mana sumbernya aku pun tak pasti.. 


Sebenarnya, ada syarat nak jadi saudara susuan atau anak susuan.. syarat utama, mestilah berumur 2 tahun kebawah. Suami kita umur berapa??? bawah dua tahun ke??? ke lapan bulan.. ustaz azhar idrus kata, kalau umur suami kita 8 bulan, mmg jadi la saudara susuan.. tapi ada lagi syaratnya, iaitu 5 kali kenyang.. kalau sekali je, tak dikira lagi pun.. so, bukan senang ea nak jadi saudara susuan.. 

Hukum minum susu isteri, harus sbb apa shja ditubuh isteri adalah hak dan tanggungjawab suami. Cuma suami tidaklah boleh minum susu isteri hingga memudharatkan hak anak.. sebab susu tu hak anak juga.. 

Ku petik sikit artikel pasal persoalan ni, kat blog dunia susu ibu.. nak baca detail boleh lah ke laman web tu ea.. 

"Suami boleh minum susu badan isterinya dengan syarat tidak menghabiskan susu tersebut. Ini kerana susu badan ialah makanan dan minuman untuk bayi, maka menghabiskannya bererti menafikan makanan dan minuman kepada bayi.

Adapun perubahan status sehingga terjatuh talak atau isteri menjadi mahram bagi suami, maka ia tidak berlaku. Perubahan status mahram hanya berlaku kepada bayi yang berumur kurang dari dua tahun. Rasulullah bersabda: “Penyusuan tidak akan merubah status mahram kecuali (susuan) yang mengenyangkan dan terjadi sebelum disapih.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1152]

Maksud susuan yang mengenyangkan ialah apabila bayi melepaskan puting ibunya dengan sendiri, bukan kerana paksaan, istirehat atau pernafasan. Susuan yang mengenyangkan itu mesti berlaku lima kali bagi mengesahkan perubahan status mahram [Shahih Muslim, no: 2635]. Sementara tempoh sapih ialah apabila bayi berumur dua tahun kerana itulah tempoh optimum penyusuan bayi: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan.” [Al-Baqarah 2: 233]

Artikel penuh: KLIK SINI

ni pula video pasal suami terminum susu isteri oleh ustaz azhar idrus.. 


So.. harap terungakai persoalan.. cuma pesanku, bila hal berkaitan hukum, perlu cari dan korek lagi ilmu dari banyak sumber dan pakar ilmuan hukum.. jangan terus amik dan pegang hukum tu dari pembacaan buku smata-mata atau dari pihak2 yang menyampaikan.. sebaliknya jika dia smpaikan suruh nyatakan dalil sekali.. 

16Ulasan

  1. terima kasih atas perkongsian...memang xkan jd anak susuan sbb laki kita kn dh besar..tulah..nk gelak pn ada bila ada yg kata jd anak susuan...ceteknya la ilmu...

    BalasPadam
  2. oo.. bru tau.. terima kasih kngsi ilmu.. ^^

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian ni kak..tapi pelik laa plak ada ke lelaki nak minum susu ibunya..kesian laa kat anak...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  4. Oh. Baru tahu suami boleh minum susu isteri. TQ for sharing ^_^

    BalasPadam
  5. susu isteri tu bkn hak suami tp hak anak2..hehehehe

    BalasPadam
  6. mak mertua bleh minum susu badan menantu pompuan x? dah alang2 parasit kan

    BalasPadam
  7. Dah name bile dh bergelar isteri so jdi milik suami, ape kaitan ngan mak mertua. mcm takde otak punye soalan.

    BalasPadam
  8. Jadi susu badan leh buat bisnes la. Jual dlm botol. Sbb susu badan 1 thn leh tahan. Khas untuk 3 tahun keatas. Sbb susu badan ibu byk khasiat. Bg da susu anak dah besar2 ja ni

    BalasPadam
  9. trima kasih kongsi info! Nafsu laki ni kadang2 lain macam skit, suka nenen istri punya. So para2 istri faham2 la ye

    BalasPadam
  10. Kalau susu isteri terlalu bnyak dan anak pula dh knyang boleh kah suami tolong kurangkan susu isteri dgn meminumnya kerana kesian pd isteri yg sakit bengkak susu walaupun isteri dah pam dan simpan dlm peti sejuk tp susu masih bnyak

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ