GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Amalan Doa dan Zikir dalam Penyusuan

Doa & zikir untuk menambahkan susu:

1. Ya  Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku  untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku  agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

2. Ya  Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan  rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu  yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin

3. Surah Al-Baqarah ayat 60.
Dan  (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air  untuk kaumnya,  maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan  tongkatmu", (ia pun  memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua  belas mata air  sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah  mengetahui  tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman):  "Makanlah dan  minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu  merebakkan  bencana kerosakan di muka bumi".

Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak  dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak  tersayang....amin

4. Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi.
Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.
Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

5. Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum

6. Surah Yasin ayat 72-73

7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Sumber asal: http://sereniety.blogspot.com/2011/08/doa-zikir-amalan-perbanyakkan-susu-ibu.html

0Ulasan