GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tanda-tanda Ikhlas!


"Apabila kita berbuat baik kepada seseorang, namun orang berkenaan tidak menghargai kebaikan kita, kemungkinan besar kebaikan itu terlalu berharga untuk dibalas di dunia. Balasannya hanya dapat ditunaikan di akhirat nanti. Jangan kecewa, teruskan berbuat baik kepada semua orang."

Tanda-tanda ikhlas:

Takut Kemasyhuran:
Orang yang ikhlas takutkan populariti dan glamer

Menuduh Diri Sendiri:
Merasakan diri ini lemah dan rasa berdosa

Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari Liputan
Segala amal kebaikan disembunyikan dari pengetahuan orang lain.

Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian
Tidak mengharapkan pujian dan tidak asyik dalam pujian orang lain.

Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang Yang Mmg Layak Dipuji

Berbuat Selayaknya Dalam Memimpin
Jika dia seorang pemimpin, dia betul-betul memimpin dengan cara yang betul.

Mencari Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia

Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Kerana Allah, Bukan Kerana Kepentingan Peribadi
Marah dan nasihatnya hanya kerana Allah, bukan untuk tunjuk hebat dan sebagainya.

Sabar Sepanjang Jalan

Rakus Terhadap Amal Yang Bermanfaat 
Berkejar-kejar dalam membuat amal kebaikan dan pahala.

Menghindari Ujub
Berusaha mengelak diri dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk.

Peringatan Agar Membersihkan Diri
Sentiasa muhasabah diri untuk membersihkan hati.

Penjelasan dan artikel penuh boleh baca di sini.

Semoga kita dapat mendidik hati dengan sifat ikhlas ini... Memang susah tapi berusahalah... supaya kita tidak asyik dengan pujian dan mengharapkan keredhaan manusia semata-mata.. sesungguhnya redha Allah itu lebih utama dari segala nikmat di dunia... 

3Ulasan

  1. tq for sharing...

    bos pernah tanya...
    mana letak ikhlas seseorg??
    jwb bos.. selagi seseorg tu kata " sy ikhlas bg semua ni" bermakna x sepenuhnya ikhlas.. org y ikhlas hanya di hati..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ