GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sabar Menjaga 'Orang Kurang Akal'

sumber: fb

Suami janganlah terlalu sensitif dan jangan asyik terasa hati dengan isteri. Kadang-kadang bila isteri buat sesuatu, dia tidak perasa atau dia tidak tahu itu menyebabkan suami sakit hati.

Biasanya mulut dia yang banyak sakitkan hati suami, tapi sekarang mesej yang dia hantar guna "whatsapp" pun boleh buat suami 'berasap' bila baca.

Jadi, suami jangan semua nak diambil kira sebab Nabi sdah kata yang perempuan ni jenis "kurang akal". Sebab itulah semasa dia kecil, ayah kena jaga dia, dan bila dia dah besar, suami pula kena jaga dia. Jadi, untuk menjaga orang yang kurang akal ni memang kena banyak BERSABAR.


Maksud Wanita Kurang Akal:

Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta keampunan, kerana saya lihat jenismulah yang terbanyak dari isi neraka."

Maka bertanyalah seorang wanita cerdik, "Wahai Rasulullah, apa sebab kebanyakan kami ahli neraka?"

Jawab Rasulullah s.a.w. : "Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami, dan saya tidak melihat antara orang-orang yang kurang pandangan (akal) dan agama yang merosakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat, lebih daripada kaum wanita."

Katanya pula : "Apakah yang dimaksudkan dengan kurang pandangan (akal) dan kurang pandangan agama?"

Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun kurang pandangan (akal) ialah kesaksian 2 orang wanita sama dengan seorang laki-laki, inilah maksud kurang pandangan (akal) ; dan pula wanita tidak solat beberapa malam dan tidak berpuasa (waktu haidh dan nifas) di bulan Ramadhan. inilah maksud kurang agama." (Hadis Riwayat Muslim. Kitab Sahih Muslim (Bab Keimanan))

Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa kekurangan akal wanita itu dilihat dari sudut ingatan yang lemah, maka dari itu kesaksiannya harus dikuatkan oleh kesaksian seorang wanita yang lain untuk menguatkannya, kerana boleh jadi dia lupa, lalu memberikan kesaksian lebih daripada yang sebenarnya atau kurang daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T.:

“Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang orang lelaki di antaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang wanita dari saksi saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatkannya.” (QS. Al-Baqarah: 282)

Manakala, kekurangan agamanya adalah kerana dalam tempoh haid dan nifas, wanita meninggalkan solat dan puasa dan tidak mengqadha (mengganti) solat yang ditinggalkannya selama tempoh haid atau nifas. Inilah yang dimaksudkan dengan kekurangan agamanya. Akan tetapi kekurangan ini tidak menjadikannya berdosa, kerana kekurangan tersebut terjadi berdasarkan aturan dari Allah S.W.T.

Dialah yang memberikan ketetapan hukum seperti itu sebagai wujud belas kasih kepada mereka dan untuk memberikan kemudahan kepada mereka. Ini kerana, jika wanita harus puasa ketika haid dan nifas, maka hal itu akan membahayakannya. Maka kerana rahmat Allah atas mereka, Dia tetapkan agar mereka meninggalkan puasa di saat haid dan nifas, kemudian mengqadhanya bila telah suci.

Artikel penuh: DI SINI

Jadi, wanita memang mudah lupa dan akalnya lebih dikuasai oleh emosi... kerana itu adanya lelaki yang berfikiran rasional...perlu membetulkan dan mengingatkan wanita yang lupa... wanita kuat membebel dan banyak cakapnya, tapi ketika dia membebel, dia sendiri tak tahu apa yang dibebelkannya... jadi, bersabarlah wahai lelaki dalam menghadapi wanita yang kurang akal ini... Maksud kurang akal bukan makna wanita tak cerdik tak pandai... tapi maksudnya wanita ni lebih beremosi dan kurang berfikir bila berkata-kata... 

10Ulasan

  1. Setuju sgt..suami mmg perlu bersabar, jaga dgn sepenuh hati dan kasih sayang..

    BalasPadam
  2. betul...ada masa emosi melebihi...harap2 para suami banyak bersabar...

    BalasPadam
  3. Akal pmpuan ade 1 je. Akal lelaki ade 9. Sbb tu kne dibimbing oleh para lelaki
    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
  4. setuju akk..kdg2 mulut lagi laju dr pemikiran..bercakap sedap mulut sampai terlupa nak pikir mn baiknya..isi yg di ucapkan..sesungguhnya..kita bukan sempurna..ada khilafnya..-_-

    BalasPadam
  5. bagus penjelasannya kak, baru acik faham.. izin acik share di fb

    BalasPadam
  6. Masing-masing kena faham peranan masing-masing. Barulah aman rumah-tangga. Jangan nak lepaskan semua kat bahu isteri sahaja.

    BalasPadam
  7. ye..kadang2 bebel benda yang sama ulang2 kali..heheh...

    BalasPadam
  8. Betullah tu. Memang perempuan ni kalau bercakap lebih ikutkan perasaan berbanding akal. Dah terbiasa nak berubah tu makan masalah. Kenalah sang suami bersabar!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ