GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sukan Ekstrem Berani Mati!

Dengan kulit yang merenggang kerana tarikan berat badannya sendiri, penerjun warga Russia itu melompat dari tebing dengan payung terjung dicangkuk di belakng badannya.

Stanislav Aksenov berkata, kerana minatnya terhadap terjun bebas dan melakukan aksi berkenaan pada ketinggian hampir 400 meter di lembah Lauterbrunnen di Bern, Switzerland.

Lebih menarik lagi, dia melakukan aksi itu tanpa menggunakan abah-abah yang sepatutnya dipakai dalam sukan payung terjun.

Selain daya yang tinggi dihasilkan ketika melompat dari tebing berkenaan, Aksenov yakin cangkuk itu tidak akan tercabut dari badannya ketika dia berlegar-legar di ruang udara lembah berkenaan.

Aksi itu dilakukan hasil gabungan minatnya terhadap terjunan bebas dan bertindik.


Video yang dirakam­nya dan dimuatnaik ke Internet menunjukkan dia melakukan terjunan bebas selepas menarik beg payung terjun yang diletakkan di hujung tebing.


Tidak lama kemudian, video berkenaan menunjukkan kulit Aksenov merenggang kerana beban badannya ketika berlegar di udara.

Selepas daging badannya kelihatan seolah-olah terkoyak selama lebih dua minit, dia mendarat dengan selamat di padang berhampiran Switzerland adalah antara negara yang tidak mengharamkan terjun bebas, menjadikan negara yang mempunyai banyak gunung itu tarikan penggemar sukan ekstrem di seluruh dunia.

Menurut rekod, lebih 30 orang mati ketika melakukan aksi terjunan bebas di negara itu sejak 13 tahun lalu.

Sumber: HM

Memang dah takde keje la tu... banyak sukan lain boleh buat.. Haram sukan begini di sisi Islam kerana menyakiti diri sendiri.. 

13Ulasan

  1. perghhh..ini bukan ketegori sukan nie..ini dah masuk ketegori aniaya diri sendiri...isk..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. uish...takmo la...memang berani tahap maximum tu...

    BalasPadam
  3. kan?/ada banyak cara lain untuk bersukan..ni dah macam cari penyakit je...

    BalasPadam
  4. MasyaAllah...dah takde otak sgaknya duk sakitkan diri sendiri camtu

    BalasPadam
  5. Satu kerja gila ni.. klu nasib tak baik, mati katak je hmm...

    BalasPadam
  6. Ishh..jangan haraplah saya nak buat sukan ekstrem macam tu.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ