GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pengalaman Pertama Ke Cameron Highland!

Pengalaman Pertama Ke Cameron Highland! | Alhamdulillah... Baru de mood nak kisahkan sikit hal percutian ku baru-baru ni...

Percutian yang kali ni dirancang, walaupun tiga empat kali book dan cancel, akhirnya Allah permudahkan juga kami pergi ke sana...

Sebenarnya, niat kami suami isteri nak pergi Cameron Highland ni sejak memula kahwin dulu... Tapi maklumlah... Masalah kewangan kan.. Maka, dari mula kahwin kami menabung duit syiling sikit-sikit hingga sekarang... Macam citer kartun "Up" tu, ada juga tika nya kami korek tabung bila keadaan mendesak... Haishhh... Boleh nangis ooo...bila kenangkan zaman darurat kami tu... Tapi indah untuk dikenang dan dikisahkan untuk anak-anak...

Opss.. Melalut dah... Ok, sambung kisah cuti... Akhirnya, lepas pecah simpan, pecah simpan tabung, selepas beranak dua... Maka, cukuplah budjet untuk bercuti ke sana... Suamiku mohon cuti untuk realisasikan impian kami... Ingat nk pergi time cuti sekolah hujung tahun, tapi pikir balik hujung tahun musim hujan, tak jadilah... Nak sangat bercuti tu bukan apa... Cameron Highland, gah sangat tengok orang bercerita... Maka, teringin la kami nak rasa apa yang bestnya...

Sehari sebelum perjalanan yang dirancang, suamiku kena serang sakit perut yang teramat... Macam gastrik angin gitu..smpai tak boleh bangun... Aku dah berkira-kira nak cancel booking.   Tapi suamiku gagah nak pergi juga... Dalam hati hanya doa dipohon...

Hari Pertama,

Pagi hari pertama seperti yang dirancang, kami bergerak selepas subuh...sebab tak nak kena panas sangat... Lebuh raya lenggang dan kami memilih exit ikut Simpang Pulai... Balik nanti baru ikut Tapah...

Melalui jalan bengkang bengkok... Akhirnya dalam jam 11.45 pagi kami sampai... Nak check in hotel kul 3ptg... Jenuh menunggu...

Sesampai je cari makan je dulu... Alhamdulillah... Tak jauh dengan hotel ada restoran melayu... Lepas makan kami lepak aje depan hotel sementara menunggu check in... layan sejuk di atas bukit...

Penat menunggu... Belum kul 3 pegi tanya kat kaunter... Lega dah de bilik kosong... Jadi, terus check in... Lepas lepak-lepak.... Petang tu siap-siap terus kami ke Pasar Malam Berincang... Misi utama ialah nak cari kasut aku sebab boleh pula kasut aku terbelah kat belakang... Maklumlah kasut getah aje... Dah spoil mood nak berjalan-jalan...

Tapi, baru je masuk ke pasar malam tu dah hujan dah... Terus je balik... Tapi sebelum tu singgah juga beli makanan untuk makan malam di Pekan Berincang dekat Hotel Rossa Pasedana...

Malamnya takde apa yang menarik... Sebab jalan sesak, tambah dengan hujan pula... Hnya melayan kesejukan di hotel di depan tv...

Hari Kedua...

Pakej hotel kami sekali dengan sarapan... Jadi, tak sibuk dh nak keluar pepagi cari sarapan... Perancangan kami hari kedua memang nak jenjalan je... Memula nak ke Cameron Valley Bharat Tea... Tapi jauh tambah dengan sesak... Terus tak jadi... Pastu dok baca pula review orang kat internet...pasal Blue Valley... Kami pun teringin la nak pergi... Maka pergi lah ke sana... Sesampai je...kecewa la juga sebab Blue Valley dah tak dibuka untuk pelancongan... Memang ladang aje sepenuhnya... Hmmm.... Maka patah la balik... Singgah di Cameron Lavender... Lihat bunga-bunga dan penat singgah minum di Cafe disitu... Sedap juga air strawberry coklat panas...

Penat berjalan... Terus je balik sebab anak-anak dah tidur dah dua-dua... Petang tu memang tak ke mana... Lepak aje kat bilik sampai esok pagi...
Pemandangan dari Hotel

Suasana dingin di puncak bukit di Cameron Highland

Cuaca baik di hari ketiga... Bergambar dari luar hotel.

Gambar di Cameron Lavender

Hari ketiga...

Selepas sarapan di hotel... Kami jenjalan je sekitar hotel... Bergambar kenangan... Lepas jam 11 lebih, terus check out. Singgah di Kea Farm beli sedikit barangan untuk kenangan dan juga sayur-sayuran... Lepas beli, terus bergerak balik melalui Jalan Menuju ke Tapah... Menikmati jalan yang mencabar dan keindahan kehijauan alam... Berakhir lah sudah percutian kami di Cameron Highland...

Review Pengalaman Pertama Ke Cameron Highland!

Secara keseluruhan berdasarkan pengalaman sendiri... 
  1. Nak bercuti di Cameron, sesuai untuk orang lepas kahwin, tak sesuai sangat untuk yang ada anak kecil.
  2. Jangan pegi waktu cuti sekolah dan cuti umum... Hotel tak penuh sangat tapi jalan sentiasa sesak... Susah nak jenjalan... Part ni paling tak best... Ni yang spoil kan mood kami untuk berjalan sebenarnya...sebab anak-anak ku jenis tak suka dok dalam kereta lelama.
  3. Jika nak rasa sejuk, lebih baik ke Genting Highland... Genting Highland lagi sejuk berbanding Cameron... Mungkin sebab Cameron dah banyak bangunan... Dok di Cameron tak pakai pun baju sejuk... Anak-anak ku siap berpeluh lagi... Sejuk lagi kampung halaman ku di Baling... Kampung aku pernah cecah suhu 14 darjah celcius kalau waktu pagi... Cameron paling rendah suhunya 16 darjah celcius.
  4. Seronok jalan kat Cameron Highland kalau ada motosikal... Sampaikan kami pernah pikir nak sewa motor je g jenjalan... Tapi memikirkan memang cuaca mendung aje... Tak jadilah nak sewa.
  5. Keseluruhannya, puas hati dapat rasai sendiri pengalaman di Cameron... Walaupun tak seperti yang diharapkan...

Itulah serba ringkas, kisah percutian 3 hari 2 malam di Cameron Highland. Next entry, aku kisahkan pula pasal hotel dan tempahan yang aku buat secara online... Sebagai entry kenangan dan panduan buat orang yang mungkin merancang nak ke Cameron Highland. 

Nota:
Entry percutian ni hanya sedikit je gambar ku kongsikan...selebihnya dok dalam laptop suami dah.. Lagi pun.. Suami yang banyak amik gambar, aku dok pegang anak-anak memang simpan je handphone... Indahnya Cameron Highland kena layan sendiri... layan gambar tak best mana sebenarnya, tapi adalah cukup sebagai kenangan... 

16Ulasan

  1. actually cemeron memang x sejuk dh sekarang.masa thn 90an masih lg sejuk
    last time ke cameron saya cuma ke bharat tea dan camreron lavender sebab bawa ank2.itu pun rasanya dh cukup penat utk ank2 saya

    BalasPadam
  2. ALhamdulillah...saya belum berkesempatan lagi nak menginap kat sana...sekadar jalan2 pastu balik ada la...^_^

    BalasPadam
  3. Muz pon xpernah pergi, bln 11 ni mgkin klu xda hal nak ikut rombongan gi sana...

    BalasPadam
  4. kita pun baru balik dari CH...memang ramai orang cuti kali nie...

    BalasPadam
  5. Antara destinasi honeymoon saya 13 thn dulu...hehe..

    BalasPadam
  6. Betul my...cameron sgt sesuai utk pasangan2 baru berkahwin...hihi. tp plan jugak nak pegi sana lagi..nak bawak abg iman bercuti ke tempat kejadian beliau...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..selamat pergi dan kembali..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. pengalaman sekeluarga yg pasti menyeronokkan.. :)

    BalasPadam
  9. saya bercadang nak ke sana juga tak lama lagi
    tapi sebenarnya dah banyak kali pergi =)

    BalasPadam
  10. bestnyer...lama CN tak kesa, last masa baru2 kwen dulu ;)

    BalasPadam
  11. fiza pun pergi masa cuti sekolah..habis masa dalam kesesakan je kat atas tu..xberjalan sangat..huhu

    BalasPadam
  12. Weekend ni kalau xde aral, especially kalau asben x keje..kami nak pi Cameron juga.
    Doakan ye.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ