GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Merangsang Otak Anak Dengan Teknik Shichida

Sumber: google images

Teknik shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri,tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya. Sebelum melakukan teknik ini ,tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks.
  1. Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam, bisikan di telinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya, anak yang soleh,kuat, rajin pergi sekolah dan bijak. Ini kerana ketika itu, otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur. Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati,elakkan ketika sedang marah. Selepas anak mula pejamkan mata, ramas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam. Islam juga menggalakan ibubapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur, sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

  2. Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak. Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya.Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan.Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat.Ini kerana apabila kad itu bergerak laju,otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

  3. Galakkan anak melakukan kraftangan .Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan,oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat,mewarna,melukis,gunting kertas ,origami dan sebagainya.Memanglah selepas itu terpaksa mengemas,tetapi banyak manfaatnya.

  4. Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar,contohnya rama-rama.Anda hanya perlu melukis sebahgian sahaja dan suruh anak anda menyudahkannya.Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

  5. Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat,sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri.Andainya anda termarah anak anda,pujuklah dengan langkah pertama tadi.Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.

  6. Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita. Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.

  7. Bermain teka-teki bersama anak. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi. Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari, tak perlu terlalu lama.

  8. Jika boleh elakkan menggunakan perkataan jangan kepada anak-anak.Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu, itulah yang anak lakukan. Gantikan dengan perkataan lain seperti, tolong atau marilah kita sama-sama.

Berguna teknik ni untuk latih kakak ni... banyak juga aku kena perbaiki diri... moga dipermudahkan untuk aku didik sebaik mungkin...

13Ulasan

  1. Bermain teka-teki bersama anak. my sis selalu lakukannya

    BalasPadam
  2. menarik ni cikgu maria
    thanks for the info ye

    BalasPadam
  3. info berguna..boleh juga praktikkan utk my DD. Tengs 4 sharing.

    BalasPadam
  4. thanks for sharing...Amir tak kenal huruf tapi dah boleh menyebut...kalau haiwan, dia dah boleh kenal...insya Allah, akan saya praktis apa yang ada di sini...^_^

    BalasPadam
  5. TQ Sharing info yang berguna ni :) boleh aplikasikan dekat anak saya...

    Jika sudi singgah lah ke blog saya
    http://ummirdinacong.blogspot.com/

    TQ

    BalasPadam
  6. bagus tips ni, byk yg CN masih belajar dalam mendidik anak ni ;)

    BalasPadam
  7. Abe suka melukis.
    Slalu mintak kertas A4 dari mama.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ