GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kebaikan Buah Epal!

Sumber: google images

Pengambilan buah-buahan adalah sumber antioksidan terbaik, sekali gus menjadikan badan lebih segar dan sihat. Malah kajian dijalankan penyelidik luar negara mengenai pengambilan buah-buahan segar menemui kaitan antara pengambilan epal ke atas penurunan berat badan serta risiko sakit jantung.

Kajian menunjukkan wanita yang mengambil epal dan pear setiap hari akan kehilangan kalori lebih tinggi berbanding biskut atau bijirin. 

Ini kerana epal membantu menggalakkan penurunan berat badan memandangkan ia mempunyai ketumpatan tenaga rendah atau kalori lebih rendah berbanding buah lain. Epal juga tersenarai sebagai buah tinggi serat, justeru menyebabkan individu kenyang lebih lama. 

Epal juga mempunyai pelbagai kebaikan jika diambil setiap hari antaranya:

• Diet terbaik 
Makan epal sebagai gantian sajian utama. Ia mampu mengurangkan tahap kolesterol, malah jika makan dua biji epal sehari, anda boleh mengurangkan tahap kolesterol sehingga 10 peratus. 

Sebiji epal menyediakan serat sama seperti semangkuk bijirin serta satu perlima daripada serat pengambilan harian yang disyorkan. 

• Penyegar mulut semula jadi 
Epal buah-buahan yang rangup dan ketika makan, ia boleh membersihkan gigi dan menguatkan gusi secara semula jadi.

• Membekalkan tenaga 
Karbohidrat kompleks epal memberikan rangsangan tenaga lebih lama berbanding makanan bergula. Makan epal sebagai gantian snek membantu menjaga tubuh kekal sihat sepanjang hari.

• Menguatkan tulang 
Epal menyediakan sejenis galian iaitu boron, elemen penting yang membantu tulang lebih kuat, sekali gus mencegah osteoporosis. 

• Mudahkan penghadaman 
Epal mengandungi pektin, sejenis serat larut yang menggalakkan pertumbuhan bakteria serta bermanfaat dalam saluran penghadaman. Kandungan serat yang tinggi membantu proses penghadaman lebih cepat. 

• Elak kanser paru-paru 
Makan sebiji epal sehari menguatkan fungsi paru-paru. Epal kukus yang dimakan bersama madu bermanfaat mengurangkan batuk kering dan membantu mengeluarkan lendir daripada paru-paru. 

• Baik untuk demam 
Epal tinggi kandungan air, baik untuk penyejukan badan dan membantu mengurangkan demam. 

• Turunkan risiko penyakit jantung dan mengelak kanser 
Epal kaya pektin dan serat larut yang membantu mengurangkan kanser dan penyakit jantung. Fitonutrien antioksidan yang ditemui dalam epal mendorong melawan kesan kerosakan kolesterol tidak baik (LDL). 

• Kawal gula dalam darah 
Oleh kerana tinggi serat, gula semula jadi dalam epal secara perlahan-lahan dilepaskan ke dalam aliran darah. Ini membantu mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah. 

• Perlindungan terhadap asma 
Penyelidik Belanda mendedahkan ibu yang mengambil epal ketika hamil mampu melindungi anak mereka daripada penyakit asma pada kemudian hari. 

Epal harus dimakan dengan kulit kerana hampir separuh kandungan vitamin C ada di bawah kulit. Makan dengan kulit juga dapat meningkatkan pengambilan serat tidak larut yang menjadi pelawas terbaik. 

Jika terlupa menjadikan epal sebagai snek harian, lebih baik sekiranya ia diambil menerusi minuman kerana jus epal sumber terbaik mineral dan kaya vitamin C. 
Artikel penuh: Harian Metro

12Ulasan

  1. suka2..tapi kekdng mlas nk beli, g blkng umah mkn rmbutan..hehe..

    BalasPadam
  2. Banyak kebaikannya..saya suka epal sebab rangup..tapi tak makan ari2..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum dan singgah isnin....Diana pun suka makan buah epal yg hijau tu....rasa masa tapi sedap....

    BalasPadam
  4. mmg bnyk khasiat epal tp MG tak suka epal *pelik* T.T

    BalasPadam
  5. dpt rasa lelemak di perut makin kurang bila mkn epal tapi camne dengan wax kat kulit buah epal tu?

    BalasPadam
  6. kat rmh fae jrg ada buah epal. asyik2 banana je yg dibeli. hehe.

    BalasPadam
  7. good share...ida memang suka mkn epal..lbh2 epal fuji

    BalasPadam
  8. suka buah epal hijau..tapi kalau epal merah mesti kena rangup tak suka jenis yang dah lembik tu.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ