GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Cara Atasi Tidur Berdengkur!

Sumber: google images

Berdengkur, memang mengganggu kadang-kadang, tapi kalau dapat pasangan atau saudara mara yang ada masalah ni, memang redha je la kan... Tapi, bagi pesakit asma memang kadang-kadang tidur berdengkur... Waktu keletihan yang teramat pun boleh sebabkan berdengkur yang kuat... Ada lima tips,untuk atasi tidur berdengkur... Jom cuba lakukan mana tahu berkesan... 

# GANDAKAN BANTAL
Posisi kepala yang lebih tinggi dapat membantu melancarkan serta memudahkan sistem penafasan. Ini kerana, posisi seperti ini akan mendorong lidah serta rahang bergerak ke depan. Malah ia juga melancarkan aliran oksigen yang melalui kawasan leher.

Jangan tak tahu, kini bantal khusus untuk mencegah dengkur juga boleh didapati di pasaran. Jadi, selain daripada mengandakan bantal, kamu juga boleh gunakan bantal khas untuk anti-dengkur.

# POSISI MENGIRING
Tidur dalam keadaan mengiring mampu melancarkan aliran darah. Ia juga meminimakan tekanan pada organ penafasan. Cara ini juga akan membuatkan kamu bernafas dengan lebih sempurna.

# HINDARI ROKOK
Girls, rokok mampu menyebabkan saluran penafasan kamu menjadi sempit dan akhirnya akan menyukarkan kamu bernafas. Menurut beberapa kajian di luar negara mengatakan kebanyakan individu yang menghisap rokok berpotensi mengalami masalah berdengkur yang teruk kerana wujudnya selaput yang melekat di paru-paru akibat asap rokok.

So, dengan mengatakan tidak pada rokok ia mampu menyelamatkan nyawa kamu ketika tidur!

# TIDUR TERATUR
Tubuh yang lemah dan tidak bermaya boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur dengan kuat. Keadaan ini terjadi kerana otot di tubuh badan menjadi lemah dan gagal berfungsi dengan sempurna. Maka tidak hairanlah mengapa individu yang benar-benar sedang keletihan selalunya akan berdengkur lebih teruk berbanding hari biasa. Untuk mengelakkan diri dari terus berdengkur, rancang dan atur waktu tidur dengan lebih awal dan teratur. Pastikan tubuh mendapat waktu rehat yang secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

# JAGA BERAT BADAN
Walaupun ada sesetengah individu yang bertubuh kecil juga berdengkur itu tidak bermaksud ia tiada kena mengena dengan berat badan. Sebenarnya, apabila berat badan bertambah lapisan lemak dalam tubuh juga semakin menebal. Apabila ia semakin menebal, ia akan menyebabkan segala saluran semakin sempit terutamanya di bahagian leher. Kerana inilah individu lebih cenderung berbunyik ketika tidur.

Dua tips di atas tu paling mudah dan berkesan.. elakkan tidur terlentang dan bantal rendah... Pastikan tidur dengan mendongak sedikit bukan terkulup ke bawah... untuk memudahkan penafasan lancar ketika tidur.. Kadang rasa gerun juga bila dengar orang berdengkur kuat... huhu... 

9Ulasan

  1. Ya, betul...Nabi Muhammad tidur mengiring sebelah kanan...
    Untuk kesihatan, ikut sunnah...
    TQ for info...bagus sangat...;-)

    BalasPadam
  2. Kadang kadang terlampau penat boleh menyebabkan dengkur juga..thanks untuk tips ni kak

    BalasPadam
  3. Betul lah..sy pon kdg2 berdengkur klu penat sgt and klu tdo terlentang..malu..malu kat suami n anak...

    www.zairulakmaldaylife.blogspot.com

    BalasPadam
  4. kesian tgk org berdengkur ni . dah mcm susah nak bernafas ...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... setakat ni belum dpt komplen dari pn mem ttg tidur berdengkur ni lagi.. :D

    BalasPadam
  6. saya teringat satu dialog kartun yang saya pernah baca
    "semalam awak berdengkur kuat betul" kata si isteri
    si suami menjawab, "mana ada! saya berjaga sepanjang malam. tak dengar pun saya berdengkur"
    hehe =)

    BalasPadam
  7. Kalau kuat sangat berdengkur tu mmg mengganggu orang sebelah.

    BalasPadam
  8. Akak suka tido dua bantal keoas tuh yg jnis tebal..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ