GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bersalin Secara Normal atau Pembedahan C-Zer???

Sumber: google images

Dilema nih... dan ada perdebatan antara kedua ni dalam kalangan para ibu-ibu... Ada yang bergaduh tu.. konon, lahir normal ni bagus berbanding lahir secara pembedahan... Dalam bab bersalin ni, kita tak boleh jangka, semuanya bergantung kepada Qada' dan Qadar serta rezeki yang Allah dah tentukan... 

Makan apa pun, usaha macam mana sekali pun, semua tu Allah dah tentukan... jadi normal atau c-ser bukan satu pilihan yang tepat ditangan kita... Majoriti memang orang nak merasai kesakitan kelahiran secara normal, tapi tak semua rezeki kita sama kan... Ada yang tak mampu nak bersalin normal... walaupun semasa mengandung tanpa sebarang masalah. Ada yang kena induce (ramai yang takut pasal induce ni..kerana katanya sakit bersalin tu lagi sakit daripada biasa...aku tak tahu la kan... sebab ALhamdulillah, dua-dua secara alami), dan ada juga yang terpaksa dibedah akhirnya.. semua tu bergantung pada rezeki masing-masing... kita boleh usaha dan doa saja. 

Secara normal proses kelahiran bayi akan bermula secara semula jadi pada minggu ke-39 hingga ke-40 kehamilan. (tapi si kakak usia 38 dah bersalin normal..kira normal la juga tu... ) Kelahiran secara pembedahan ialah kelahiran yang dimulakan dengan cara tidak semula jadi. Bahkan ia turut digunakan bagi kes-kes di mana kelahiran pada awalnya berlaku secara semula jadi tetapi proses kontraksi mengambil masa terlalu lama untuk membolehkan ibu bersalin sepenuhnya.

Kelahiran secara pembedahan atau dalam istilah perubatan kata kelahiran cetusan dilakukan sekiranya ibu menghadapi risiko yang serius dan sekiranya kehamilan dibiarkan dengan menunggu tanda-tanda semula jadi ia boleh memberi risiko kepada ibu dan bayi.

Antara faktor yang membuatkan kelahiran cetusan dilakukan oleh doktor adalah seperti berikut:

*Ibu telah melepasi tarikh jangkaan bersalin. Biasanya doktor akan mencetuskan kelahiran bayi lima ke tujuh hari selepas tarikh bersalin tersebut.

*Ibu mempunyai masalah diabetes.

*Air ketuban sudah pecah namun kontraksi belum bermula. Jika kelahiran tidak berlaku selepas air ketuban pecah, terdapat risiko jangkitan kuman.

*Ibu tidak mengalami kontraksi tetapi air ketuban telah pecah dan telah diuji positif semasa menjalani ujian bagi mengesan kuman streptokokus kumpulan B. Kes seperti ini memerlukan cetusan dengan segera.

*Ibu menghidap penyakit kronik seperti praeklampsia atau penyakit buah pinggang yang mengancam kesihatan ibu dan bayi.

*Ibu berpengalaman melahirkan bayi yang sudah meninggal dunia dalam kandungan (still birth).

Kiranya kelahiran cetusan ni, kena paksa la... sama ada induce dan jika tak berjaya dibedah sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa. 


Sama ada bersalin normal, paksaan ataupun dibedah semuanya sama sahaja... dikira jihad kerana perlukan pengorbanan, tenaga, mental dan emosi si ibu... Tengok memang nampak biasa kan... tapi dalaman wanita seorang ibu hanya Allah yang tahu... 

Jadi, takde istilah mana yang baik atau tak... sama je bersalin mana-mana pun.. janji kedua-duanya selamat. Cuma, bagi yang tiada masalah apa-apa masa mengandung, banyakkan berdoa dan solat hajat untuk dipermudahkan kelahiran... 

12Ulasan

  1. Normal dan c-zer dua2 hanim dah merasa. Kalau diberi pilihan, hanim pilih yang normal tapi sumer tu tak penting asalkan baby kita kuar sihat walafiat kan hehe.

    BalasPadam
  2. saya bersalin c-zer tapi sempat merasa sakit bersalin...kata doktor, kepala baby mungkin besar, tulang pingul saya pulak kecil...takpela, Alhamdulillah, rezeki dari Allah...^_^

    BalasPadam
  3. apapun kaedah keduanya,mudah-mudahan ibu selamat bersalin kan..

    BalasPadam
  4. Sy diinduce sbb overdue..tp end up czer jgak padahal masa mngandung xde masalah lgsung..sape kata bsalin czer tak mncabar..tuhah je tau prasaan sy bila 7 lapisan perut dilapah dlm keadaan sy sedar cuma tak rasa sakit..kita rasa perut kita dirobek2..lpas tu nak jaga lpas bsalin pin susah..sakit dlm perut still trasa..bab sakit tulang blakang kesan kena bius smpai skarang tak boleh tido telentang..sbenarnya normal or czer sama je..sbb tu Allah letakkan pahala jihad bagi ibu jika mninggal dlm tmpoh 40hari lpas bsalin..

    BalasPadam
  5. huaaaaa tetiba rasa takut nak bersalin.. hahah tapi teringin nak merasai melahirkan anak tu macam mana.. aauummm

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak, masa sheila nak bersalin. takda fikir sangat pasal czer atau normal. sebab sakit kontraksi tu melebihi segalanya. alhamdullilah. Allah permdahkan urusan sepanjang sheila mengandung dan bersalin.. syukur alhamdullilah. rasa insaf lepas bersalin, teringatkan mak berjihad untuk 7anaknya :(

    BalasPadam
  7. masa nak bersalin Irfan dulu, dengar jer doktor ckp kena c-zer kalau CN tak kuat, terus semangat nk bersalin normal..takutttttt.....hehe

    BalasPadam
  8. bagi akak tak.kisahlah bersalin normal atau czer dua dua melalui saat yg mendebarkan sbb nak keluarkan satu nyawa melihat dunia

    BalasPadam
  9. Normal..kak lya tiga2 ank bersalin normal..alhamdulillah

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ