GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Duit Raya: Sedekah ke Adat???

Sumber: google images

Bila sebut pasal raya, pasti tak lepas juga sebut isu duit raya. Sebelum raya, berpusu-pusu orang ke bank untuk tukar duit raya. Ada juga yang sibuk membeli sampul duit raya. Nilai duit raya dulu dan kini pun dah berubah. JIka dulu RM0.50 tu dikatakan banyak, tapi jika nilai tu diberikan pada anak-anak zaman sekarang pasti dicemuhnya pemberian tu. Sebenarnya, kalau dilihat dari sudut memberi duit raya ni, lebih kepada adat dan budaya kita di Malaysia sebab setahu aku takde dalil suruh bagi duit raya pun kan... Jadi, duit raya ni dikira sedekah sahaja sebenarnya. Tapi bila ada nilai tertentu ikut zaman seolah-olah ianya dijadikan sebagai adat pula... So! Duit raya ni Sedekah ke Adat???

Isu ni, ada dijelaskan oleh Ustaz Zaharuddin di laman web nya. Jom ikuti penjelasannya:
Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.

Perspektif Baik :

Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-

كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)

Justeru,  sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.

Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya'.

Saya harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari raya semata-mata.

Perspektif Negatif

Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : -

1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut Islam.

Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat atau tidak.

2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam.

3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.

Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.

Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah bernama ‘duit' dan ‘wang' ini.

Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih memberikannya sewaktu hariraya.

Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.

4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.

Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.

Sebuah hadis menyebut :

لعَنَ رسولُ اللَّهِ في الخمرِ عشرةً عاصِرَها ومُعتصِرَها وشارِبها وحامِلَها والمحمولَةَ إِليهِ وساقيَها وبائعهَا وآكلَ ثمنِها والمشتَري لها والمشترى لهُ

Ertinya  : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

Sebuah Hadith lagi : ertinya

قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ

Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.
Sumber: Zaharuddin.net

Itu pendapat dan pandangan Ustaz Zaharuddin. Jangan jadikan duit raya sebagai satu bebanan dan kemestian. Apa yang penting, kita sebagai ibu bapa sedari kecil wajib didik anak-anak supaya sederhana dan tegaskan yang duit raya bukan kemestian. Takde duit raya pun wajib puasa dan raya. Didik anak-anak bersyukur walau seberapa banyak pun duit raya yang diterima. Duit raya bukan satu kemestian dalam beraya. Bersederhanalah... Apa yang lebih penting ialah lazimi anak-anak dengan ziarah menziarahi.


11Ulasan

  1. budak sekarang pandai menilai..kita bg rm0.50 xmau..demand..duk tgk anak2 sendiri mcm tu la..zaman koi berubah..

    BalasPadam
  2. bukan sedekah...ustaz pernah cakap ianya sesuatu pemberian..macam hadiah..untuk menggembirakan penerima :-)

    BalasPadam
  3. macam akak cakap hari tu dalam entri akak, nak beri duit raya biarlah ikhlas ye tak???

    BalasPadam
  4. pandanglah dari sudut positif..niat bersedekah :)

    BalasPadam
  5. Duit raya nampak lebih kepada adat...yang penting semangat ziarah-menziarahi...

    BalasPadam
  6. bagi akak itu kira sedekah dan juga adat dari orang2 tua kita..tapi biarlah dengan niat yang ikhlas...seronok kan..

    BalasPadam
  7. Duit raya zaman skrng ni dah mcm adat je kan... mudah2an tak membawa kpd perkara yg memburukkan...

    BalasPadam
  8. thanks for sharing sis, ilmu yang bermanfaat utk diambil tahu. salam aidilfitri drp kami sekeluarga :)

    jemput singgah my blog dan sudi2 folow ye :) #1455
    http://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-salam-perantauan-2014-drp-kami.html

    BalasPadam
  9. Niat bersedekah. Hasil dari ramadhan yang mendidik kita supaya perbanyakkan bersedekah

    BalasPadam
  10. Saya dapat idea dari blogger lain..
    Buat sampul raya sendiri dari wrapper.
    Kreatif:)

    BalasPadam
  11. tp skrg nih duit raya duit..sti kne ada..kalo xde sediakan de yg ckp kedek

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ