GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Resepi Kebahagiaan Rumah Tangga

Banyak perkara yang perlu diketahui dan dipraktikkan oleh anda berdua selepas bergelar ibu dan ayah. Selain mempelajari teknik asuhan anak, anda berdua juga perlu terus mengukuhkan ikatan suci bergelar suami isteri.
Sumber: google images

Jangan abaikan hubungan suami isteri apabila sudah mempunyai anak. Seimbangkan keduanya kerana masing-masing memerlukan perhatian khusus. 10 perkara tersebut adalah antara resipi kebahagiaan rumah tangga terus kekal harmoni.
  1. Utamakan keluarga berbanding rakan-rakan. Anda kini bergelar ibu ayah dan bukan bujang lagi. Jadi, utamakan tanggungjawab menguruskan keluarga di rumah.
  2. Setiap hari pastikan anda memeluk pasangan sekurang-kurangnya 30 saat. Namun, jika berpeluang memeluknya lebih dari tempoh masa itu ia pasti lebih baik dan bermakna buat anda berdua.
  3. Setiap kali selepas solat, doakan hubungan anda dan suami dieratkan seerat-eratnya di samping doa-doa biasa.
  4. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  5. Biar sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dia lakukan ketika itu.
  6. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja daripada isu rumah tangga hinggalah isu politik sebelum masuk tidur. Sebelum melelapkan mata jangan lupa ucapkan kata-kata sayang kepada pasangan.
  7. Luangkan masa untuk bercuti berdua sahaja. Percutian sebegini dapat menyemarakkan hubungan mesra anda berdua.
  8. Amalkan untuk mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan. Jangan biarkan ia berlarutan untuk satu jam apatah lagi berhari-hari.
  9. Tinggalkan nota ringkas ‘manis’ untuk isteri atau suami. Lekatkan pada cermin solek atau di hadapan pintu.
  10. Amalkan sembahayang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepas itu

10Ulasan

  1. Bagus perkongsian ni..InsyaAllah wanie akan praktikkan bila dah kahwin nanti..hee :)

    BalasPadam
  2. seronoknye bila dah kawen..
    buat smuanya pon dpt pahala..
    tak sabar plak nak kawen hehe

    BalasPadam
  3. perkongsian yg bagus.
    smga mnjadi amalan kita suami isteri aamiin :)

    BalasPadam
  4. i like this entry~~

    jom komen, folo n klik tabung...will do the same !! :)

    BalasPadam
  5. Asben ada cadangkan no.7, tapi saya jenis x prefer pergi mana2 tak bawak anak.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..sentiasa kita amalkan benda yang baik ni

    BalasPadam
  7. Inshaa Allah Maria..dah kahwin blhlah praktik kan :) tq sharing :)

    BalasPadam
  8. Bestnya bila bercuti berdua jer.... :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ