GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Isteri 'Cantik' Di Mata Suami

Sumber: google images

Ramai wanita menganggap untuk sentiasa cantik di hadapan suami adalah menerusi solekan dan kebijaksanaan dalam bergaya walhal dari sudut lain juga boleh menjadikan anda tetap cantik biarpun tanpa solekan. Tak percaya?

Masakan dari air tangan
Walau sesibuk mana pun anda sebagai seorang wanita yang bekerjaya, jangan lupa menghidangkan makanan hasil air tangan sendiri. Bukan apa, kesibukan anda di dapur menyiapkan hidangan untuk keluarga membuatkan anda kelihatan 'seksi' di mata suami biarpun hanya melipat lengan baju! Kesungguhan anda menyediakan makanan untuk suami bukan saja menunjukkan anda mahu makanan yang berkhasiat dan bersih tetapi secara tidak langsung air tangan seorang isteri mempunyai zat yang membolehkan suami semakin sayang.

Layanan setiap hari
Percakapan yang lembut, tutur kata yang perlahan dan layanan yang baik boleh membuatkan sang suami selesa berada di rumah berbanding lepak di luar bersama teman mahupun berada di pejabat lewat malam. Bayangkan jika anda bersikap garang dan bercakap kasar, sudah tentu raut wajah anda kelihatan lebih tua dan kurang cantik untuk menjadi tatapan suami. Biarpun anda tidak mengenakan sebarang solekan, tetapi berbekalkan layanan yang cukup baik boleh membuatkan suami senang hati dan cantik dimatanya.

Sikap berdikari
Pernahkah anda terfikir bahawa anda terpilih menjadi suri hatinya kerana sikap anda yang berdikari? Seorang lelaki gemarkan wanita yang pandai berdikari ketika ketiadaan mereka. Ini terbukti apabila suami menyerahkan semua perkara kepada isteri bermula dari urusan anak-anak sehinggalah membantu mencari kunci kereta yang hilang! Jika anda pandai berdikari ketika ketiadaan suami kerana tugasan luar, suami tidak lagi perlu risau sebaliknya lebih menyayangi anda kerana pandai menjaga maruah diri dan keluarga.

Bijak urus rumah tangga
Menguruskan rumah tangga tidak hanya terhad kepada mengemas rumah, membasuh pakaian, tidurkan anak dan memasak. Anda masih boleh kelihatan menarik biarpun sudah mempunyai anak yang ramai dengan memenuhi keperluan suami. Tidak semestinya anak menjadi keutamaan sehingga mengabaikan suami. Tidak ada salahnya jika sesekali anda melakukan kejutan untuk suami. Misalnya, mengadakan makan malam berdua, menjadikan bilik tidur lebih romantis dan menyediakan bekalan untuk suami ke pejabat.

Cantik tidak semestinya dilihat dari segi luaran tetapi cantiknya seorang isteri boleh dinilai oleh suami dari banyak segi. Biarpun berkain batik, jika masakan sedap, layanan baik dan romantik juga boleh mencairkan hati suami sehingga ke kamar! Setuju?
Sumber

JOM BERUSAHA UNTUK JADI CANTIK DI MATA SUAMI... BUKAN UNTUK ELAK SUAMI CARI LAIN TETAPI NIATLAH USAHA KITA ITU UNTUK MENGGAPAI REDHA ALLAH S.W.T

19Ulasan

  1. setuju sgt..berusaha ke arah kebaikan rumahtangga..bukan cantik hanya di mata...

    BalasPadam
  2. Cantik bkn dr segi pras rupa kan...

    BalasPadam
  3. hehehehe terima kasih untuk info menarik ni kak maria.. :) tp kita ni,, en suami yg rajin masak.. malu lahhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Sesekali suami menolong pa salahnya.. Masak sama2 lagi lah bhgia...

      Padam
  4. Jom sama2 berusaha agar kita sama2 cantik dimata suami..InsyaAllah...:)

    BalasPadam
  5. sikap berdikari tu memang penting, jangan disebabkan suami tak ada sekejap jer dah sibuk mengomel dan berkeluh kesah...kena pandai berdikari baru suami sayang... hi hi hi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Mmg kna pndai juga berdikari... Klu ssh juga hidup zmn moden ni..

      Padam
  6. kna berusaha ke arah yg lebih baik semuanya utk suami kerana Allah

    BalasPadam
  7. Perkongsian yg bermanfaat... t kasih...

    BalasPadam
  8. semoga kita menjadi cantik di mata suami :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ