GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resipi Ringkas Tambah Darah Dalam Badan

Masalah kekurangan darah juga boleh diatasi dengan menu pemakanan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini dan ingin cuba cara mudah yang sedap, jom cuba resipi ini

Resipi Ringkas Tambah Darah Dalam Badan

Resipi Ringkas Tambah Darah Dalam Badan
DELI SPINACH DIP

Bahan-bahan:
1 sudu minyak zaitun
2 ulas bawang putih cincang
1 ikat sayur bayam yang dicincang
1 cawan krim masam
1/2 cawan mayonis
Sedikit serbuk lada sulah

Cara membuat:
Tumis bawang putih. Masukkan bayam. Biarkan sejuk seketika sebelum boleh dimasukkan krim masam, mayonis dan lada sulah. Gaul hingga sebati dan sejukkan sebelum di hidang. Ia lazat dimakan bersama roti, biskut keju atau apa saja pembangkit selera.

TIP
Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

Resipi Ringkas Tambah Darah Dalam Badan
 KERANG KUKUS TANPA AIR

Bahan-bahan:
400gm kerang
3 batang serai yang dititik
Daun bawang
3 batang cili
1 sudu minyak zaitun

Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan ke dalam satu periuk yang besar. Elak masukkan air kerana kerang akan menghasilkan air sendiri. Masak selama 15 minit dengan api besar. Boleh dihidang makan begitu saja sambil cicah sambal kicap.

TIP
Cara mudah membersihkan kerang yang berpasir adalah dengan memasukkan kerang ke dalam plastik. Goncang supaya kerang 'berlaga' untuk menanggalkan pasir pada cangkerang. Kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink dan Vitamin B12 yang berguna untuk mengangkut oksiegn ke seluruh tubuh. Selain itu, membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.

Resipi Ringkas Tambah Darah Dalam Badan
HATI AYAM DAN CILI BENGGALA BAKAR

Bahan-bahan:

200gm hati ayam
2 biji cili benggala warna merah, hijau dan kuning
Halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis
Serbuk ketumbar
Serbuk kari ayam
Kicap pekat
Madu

Cara membuat:
Kisar kesemua bahan kecuali hati ayam dan cili benggala. Bahan kisar ini dijadikan sebagai bahan perapan hati ayam dan cili benggala selama 30 minit. Setelah sebati, cucukkan isi hati ayam dan cili benggala pada pencucuk seperti kayu lidi. Dengan suhu 180 darjah selsius, bakar hati ayam dan cili benggala selama 15 sehingga dua puluh minit.

TIP
Ramai yang memperkatakan keburukan memakan organ dalaman seperti hati ayam. Namun, hati ayam amat sesuai di ambil oleh pesakit yang baru kehilangan darah seperti selepas pembedahan atau penghidap anemia. Hal ini kerana, hati ayam  kaya zat besi, folate dan vitamin B12. Oleh sebab itu, resipi hati ayam ini dibakar bersama cili benggala untuk lebih berkhasiat.

Sumber: Majalah Keluarga

Bagi pesakit anemia atau kurang darah atau tekanan darah rendah lagi susah berbanding orang de sakit darah tinggi, hanya dengan pemakanan yang seimbang dan baik untuk meningkatkan tekanan darah dan masalah kurang darah dalam badan... 

10Ulasan

  1. nice tips kak..rase masam2 kee mayonis tuh kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah la dik... share aje nih... tpi x pnh plak buat lagi...

      Padam
  2. betui tu dik, akak mmg takde masalah drh rendah tp drh tinggi terus...hati mmg kene pantang lah masa peknen... tp mcm best lak nengok di bt mcm skewer tuh kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. darah tggi kna pntg la semua ni..kang terlbih tggi plak...

      Padam
  3. Sy pernah kena drah rendah.
    Mmg beli kerang dgn bayam merah.
    Bayam merah sekali kuah kuah merah menyala.hihi
    thanks share

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy suka byam hijau je.. rasa geli nk mkn bayam merah bila tgk kuah dia... hehe

      Padam
  4. perkongsian yg sgt bgs... ank buah deqla dulu ada penyakit kurang darah merah .... alhamdulillah beransur sihat sekrg ni..

    BalasPadam
  5. Kalau yg betul2 darah kurang ni memang kena makan la organ dalaman ni kan..
    Mcm org lain dah 'cukup darah' kurangkan makan organ kan :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ