GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kelebihan Bersalin Dalam Air (Water Birth)

Kaedah ini agak kurang popular kerana ramai yang salah tanggapan tentang cara bersalin dalam air. Buat pengetahuan anda, Dr. Halina Mohd Yunos iaitu isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Bayi yang seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Dr Halina mengambil masa lebih kurang 18 jam untuk melahirkan bayi dengan kaedah bersalin dalam air di Hospital Pantai Bangsar. Dr Halina memilih kaedah bersalin dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi.

Sesuai dengan namanya, melahirkan dalam air atau dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘water birth’ merupakan proses persalinan yang dilakukan di dalam air. Cara ini telah menjadi alternatif baru untuk melahirkan sang bayi selain persalinan normal dan operasi cesar. Cara ini cukup popular dan sudah banyak ibu-ibu yang memilih water birth.

Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.

Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.

Prosedur Bersalin
Proses persalinan water birth dilakukan di sebuah kolam plastik berisi air hangat yang telah disterilkan terlebih dahulu. Suhu air disesuaikan mendekati suhu perut ibu agar bayi tidak terkejut saat keluar. Proses persalinan water birth memerlukan waktu kurang lebih 1-2 jam , jauh lebih cepat dibandingkan proses persalinan normal. Dalam proses melahirkan dalam air, ibu akan lebih fleksibel dalam bergerak dan saat berkontraksi. Dengan posisi yang selesa dan nyaman, proses persalinan akan lebih mudah dilakukan.

Suami Turut Dalam Air
Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.

Bayi Tidak Lemas
Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.

Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.

Kelebihan
Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.

Bagi Ibu :
Mengurangi rasa sakit
Memberikan kenyamanan dan lebih rileks
Lebih bebas bergerak
Mengurangi robekan pada jalan lahir

Bagi Bayi :
Mengurangi risiko trauma dan cedera pada kepala bayi
Kulit bayi lebih bersih
Mengurangi resiko bayi keracunan air ketuban
Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.

Antara kelebihannya waterbirth:
-Tidak ada peningkatan kepada risk of jangkitan, malahan bayi yang dilahirkan secara waterbirth mendapat lebih perlindungan terhadap “aspiration pneumonia”. Bayi yang dilahirkan tidak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada udara. Jadi ada kes di mana apabila bayi dilahirkan, ia terus menyedut udara dengan kuat menyebabkan sisa-sisa amniotic fluid dan kotoran lain disedut oleh bayi menyebabkan terjadinya “aspiration pneumonia”. Tetapi kelahiran di dalam air, membolehkan bidan membersihkan muka bayi terlebih dahulu sebelum mengangkatnya keluar, sekaligus mengurangkan risiko aspiration pneumonia.

- Sepertimana yang dikatakan, bayi yang dilahirkan tidak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada udara. Kronologinya adalah setelah bayi dilahirkan, attendan/ibu/suami membersihkan muka dan badan bayi lalu diangkat keluar dari air, seterusnya baru tali pusat dipotong. Justeru, tidak timbul persoalan “bayi lemas di dalam air”.

- Juga, ibu yang pertama kali yang melahirkan anak di dalam air memerlukan masa yang lebih singkat.Mungkin air tersebut menenangkan fikiran yang cemas, atau mungkin menyegarkan badan yang penat, tidak diketahui, cumanya yang pastinya proses kelahiran lebih singkat.

- Kurangnya keperluan pada episiotomy. Teorinya, air memudahkan otot dan kulit untuk stretch.

- Majoriti ibu yang melahirkan anak di dalam air ini tidak perlukan painkiller. Hanya 5 percent je yang meminta epidural, sedangkan dalam kelahiran biasa 66% ibu meminta diberi epidural.

Maka dari penjelasan dan kajian di ataslah, dapat dirumuskan bahawa sebenarnya kelahiran di dalam air itu lebih bermanfaat baik bagi manusia! Teknik kelahiran yang unorthodox ini semakin mendapat tempat baik di luar negara, mahupun di dalam negara kita.

Risiko?
Menurut artikel dari utusan tersebut, antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan teknik kelahiran dalam air ini adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini.

Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

“Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini,” jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini.

Pun begitu, segalanya terpulang kepada pilihan pasangan itu sendiri. Proses kelahiran, sama ada di dalam air mahupun di luar air masing-masing merupakan satu proses yang cukup kompleks. Pastinya terdapat kemungkinan berlakunya komplikasi, dalam mana-mana cara sekalipun.

Cuma pada hemat saya secara peribadi, memandangkan kelahiran konvensional secara biasa itu sudah lama digunakan dan para attendan/doktor juga pastinya lebih berpengalaman menguruskannya, terutamanya jika berlakunya komplikasi. Adapun bagi kelahiran dalam air ini, ianya masih baru diperkenalkan dan kemungkinan terdapat beberapa kekurangan yang masih belum dapat dikenalpasti.

Justeru, pemilihan untuk bersalin di dalam air atau kelahiran secara biasa, bergantung atas diri anda dan pasangan. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bagi ibubapa/pasangan yang berkeinginan akan sesuatu “kelainan” yang pastinya akan diingati sepanjang hayat, maka kelahiran di dalam air merupakan satu cabaran yang menarik dan berbaloi untuk anda cuba!

Sumber: Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim


Setahu aku, kos utk buat water birth kat hospital di Malaysia menelan belanja sampai 10k.. hmmm... bagi aku yg keberadaannya sederhana ni mmg x mampu lerr... nak mudah bersalin water birth kat umah je lah... buh air dalam tab besar, dan dgn teknik2 yg betul, boleh je bersalin biasa.. sebab bersalin ni lumrah bgi wanita... Pernah kawan aku satu U dulu kata, dia dh de anak la masa belajar tu, "tak yah nak pikir nak bersalin macam mana, sebab nanti bila tiba masanya ilham tu dan fitrah melahir tu akan dtg dengan sendirinya"... So, bagi yang mempu tak salah nak buat kan.. bagi org2 yg macam aku ni, xpe lah.. bersalin biasa pun xpe... janji selamat kan... apa pun cara, sakit bersalin tetap ada.. kerana Allah nak kita tahu perngorbannan seorang ibu dan juga sakit tu dikira jihad dan berpahala... :).. jadi jgn takut dengan sakit bersalin... 

5Ulasan

  1. kalau kat luar negara mmg dah biasa dgn water birth ni kan. izan pun ada kawan2 yg dah lalui pengalaman bersalin dlm air. dlm hati ni macam teringin... tapi tgk kosnya tu mmg tak mampulah.

    BalasPadam
  2. Informasi yang sangat berguna, lengkap dan terus difahami. Thank you for sharing!

    BalasPadam
  3. org putih suke kan ..
    tapi bagus sebenarnya water birth nie .. cuma kita di malaysia x terlalu didedahkan ..

    BalasPadam
  4. banyak juga kelebihannya bersalin dlm air ni kan?..:)

    BalasPadam
  5. emmm mcm bagus je kan water birth ni..tp kos dia mahal la..huhu..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ