Rahsia Persenyawaan | ~ Truly Love ~

Kisah Terbaru

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

25 May 2013

Rahsia Persenyawaan

Macam mana manusia dijadikan.. mnusia pertama daripada tanah, tapi keturunan selepas tu daripada setitis air yang hina... jom baca artikel ni... 
************************************
Sesungguhnya pembentukan janin hasil ciptaan-Nya sangat menakjubkan. Ikutilah satu persatu keajaiban proses pembentukan seorang insan bernama manusia.

Wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang belum matang. Daripada jumlah itu beratus-ratus akan matang sepanjang hayat. Ia mengandungi struktur multiselular yang dikenali sebagai folikel. Lazimnya, sebulan sekali, hypothalamus menghantar signal ke kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon perangsang folikel. Hormon ini membekalkan beberapa folikel (kecil dan berair dan dipenuhi cyst) sebelum membesar menjadi telur matang.

Satu daripadanya akan membesar berbanding lainnya. Dalam tempoh dua ke tiga hari selepas matang, telur akan bertindak balas dengan hormon luteinizing. Folikel yang merembeskan telur akan meningkatkan penghasilan estrogen. Inilah petunjuk bahawa telur sudah matang.

Telur hanya mempunyai 24 jam untuk hidup! Hanya satu sperma bertuah daripada suku billion sperma yang akan berjaya menembusi lapisan luarnya.

Dalam tempoh beberapa minit selepas ejakulasi, kebanyakan sperma akan mati akibat persekitaran berasid di dalam vagina. Daripada situ, sperma yang berjaya melepasinya akan memasuki serviks, berenang merentasi mukus serviks, kemudiannya memasuki rahim dan menemui tiub fallopio. Apabila di situ tiada telur, maka tiadalah persenyawaan.

Proses Ovulasi
Kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari. Namun ada juga kitarannya 21 hingga 35 hari ataupun 45 hari bagi segelintir wanita. Antara waktu haid, wanita mengeluarkan telur matang daripada ovari. Ovulasi biasanya berlaku seminggu sebelum (atau selepas) haid. Ovulasi kadang-kadang tidak teratur dan boleh berlaku ketika haid juga! Lazimnya, kebanyakan wanita akan mengalami proses ovulasi di antara hari ke-11 dan ke-21.

Sesetengah wanita akan berada sakit di ovari ketika ovulasi. Anda boleh mengesannya melalui perubahan lendir servik yang lebih berair dan licin sebelum dan semasa ovulasi. Ovulasi juga boleh dikesan melalui penurunan suhu tubuh yang diikuti kenaikan mendadak. Fakta menarik yang patut anda tahu, ovulasi turut dikaitkan dengan keghairahan anda untuk melakukan

Sementara itu, tiub fallopio merupakan lokasi di mana persenyawaan berlaku. Setiap ovari bersambung dengan tiub dan ruang antara ovari dan tiub fallopio hanya kira-kira 13 mm dalam diameter tetapi semakin sempit di penghujungnya. Di dalam tiub ini terdapat rambut halus iaitu cilia yang membantu pelepasan telur daripada ovari ke rahim. Perjalanannya mengambil masa beberapa hari di mana telur akan mendapat nutrisi diperlukan melalui persekitaran yang dilalui.

Dalam masa yang sama, rahim akan membentuk lapisan dalam (endometrium) yang kaya dengan darah dan nutrisi sebagai persediaan untuk menempatkan telur agar bersenyawa. Jika tidak berlaku, lapisan ini akan menjadi darah haid.

Proses Persenyawaan
Telur hanya bertahan sehari selepas dikeluarkan daripada ovari. Walaupun begitu, selagi sperma masih hidup di dalam tiub fallopio, ia berupaya untuk bersenyawa dengan telur. Tambahan pula, sperma boleh bertahan di dalam tiub fallopio untuk tempoh beberapa hari.

Apabila telur melalui tiub, sperma mempunyai reseptor yang membolehkannya menghidu telur yang dipercayai berbau manis. Ketika inilah, sperma akan menjadi aktif dengan berusaha gigih mengelupas lapisan protein telur. Tindakan agresif dan kehilangan protein membolehkan sperma melekap pada telur. Proses ini dikenali sebagai capacitation. Setelah itu, sperma mempunyai beberapa jam untuk kekal hidup dan hanya sedikit sperma akan terus berada hampir dengan telur.

Sebaik kepala sperma berjaya menembusi lapisan luar telur, terdapat enzim yang membenarkannya melepasi halangan pertama itu dan ketahuilah hanya satu sperma boleh menembusi telur. Jadi, protein pelindung telur akan menghalang sperma-sperma lain untuk masuk. Pada saat inilah, bermulanya titik awak proses persenyawaan. Ketika ini juga, muatan DNA dihantar apabila sperma diserap oleh telur dan pada masa yang sama genetik bayi anda ditetapkan.

Proses Implantasi Embrio
Telur yang disenyawakan dinamakan sebagai zigot. Maklumat yang dikodkan dalam kumpulan DNA telur dan sperma akan “memandu” zigot bagi meneruskan perkembangannya menjadi embrio. Dalam tempoh 24 jam selepas pembentukan, zigot akan memulakan proses pembahagian sel yang menjadi asas pertumbuhan sel lainnya.

Sebelum itu, ia akan berkembang menjadi sel berkelompok yang kemudiannya menjadi struktur berongga (blastocyst). Sel-sel di dalam struktur ini akan berubah menjadi embrio manakala dinding luarnya bertindak sebagai plasenta. Ia turut mengandungi nutrisi yang bakal diperlukan fetus.

Zigot kemudiannya mengambil masa empat hari untuk berpindah ke rahim. Setelah sampai ke rahim sel akan “menetas” dan bersedia untuk berhubungan langsung dengan endometrium. Apabila hal ini berlaku, kedua-duanya akan bertukar-tukar hormon dengan membenarkan blastocyst untuk melekat pada dinding rahim. Proses ini dikenali sebagai implantasi. Anda mungkin mengalami pendarahan ringan sepanjang proses ini walaupun ia sepatutnya berlangsung dalam tempoh 48 jam.

Setelah proses itu, serviks akan ditutup dengan mukus. Memandangkan zigot kini selamat, kehamilan anda akan melalui langkah seterusnya. Pada tahap ini, sesetengah sel zigot membentuk plasenta manakala yang lainnya menjadi embrio.

Tiga minggu berlalu, sel saraf pertama akan terbentuk. Dalam minggu-minggu dan bulan berikutnya, pertumbuhan sel akan terus berlaku membentuk sel-sel khusus dan berbeza antara satu sama lain. Menariknya, jika fetus ialah perempuan, ia akan pantas membangunkan berjuta-juta telur tidak matang menjadi dewasa.


nikmati video ni:


Di Sebalik Penciptaan Manusia, terbukti Kekuasaan dan Kebesaran Allah... 
Moga kita sedar dari mana kita berasal... 
Sebab tu, tak usahlah bangga dan sombong, kerana kita semua dari setitis air mani yg hina... 

Moga bermanfaat (^_^)

Dapatkan Gadjet Murah Di Sini!

Lazada Indonesia
All Right Reserved to: myfirdz-trulylove | Designed by: Maria Firdz