GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Deko Rumah: Modified Rak Buku

Salam semua... Alhamdulillah syukur nikmat atas segala anugerah dari-Nya... Selamat bekerja bagi semua yg bekerja dan selamat belajar bagi yg belajar...


Hari sabtu yang lepas, sesi aku dan suami mendeko rumah.. rumah sewa yang kami duduki ni masih baru dan kosong xde perabot. Selepas pindah ada satu perabot yg rasa macam tak guna sangat.. iaitu rak buku kecil. Dulu guna, tapi lepas beli rak tingkat2 plastik tu dah tak guna rak buku tu.. Jadi en.somi modified. 

Papan kecil rak buku tu, dia modified jadi rak solek dekat bilik tidur. Sebab memang susah xde rak solek. aku pernah suarakan nak beli meja solek.. tapi bila balik keje tgk dia dah modified papan rak buku jadi rak solek... hmm.. kreatif, jimat.. tak yah nak beli meja solek lagi... heee...

Sorry berselerak sikit.. heee

Rak buku yang lagi satu modified jadi rak letak recoder astro. Sebelum ni aku dan suami mmg tak nak pasang astro, tapi lepas pindah rumah terpaksa langgan astro sebab siaran teruk sgt.. sakit mata kalau tonton. Jadi rak buku tu jadi rak astro pula. Jimat tak yah nak beli rak yang lain lagi.


Selebihnya, body rak buku tu... hmmm.. apa nak buat ea.. Mulanya dia nak pasang dekat meja tulis aku, tapi aku rasa buat kabinet dapur pun ok kan.. tak semak sangat atas dapur tu... En.somi setuju dan dia modified body rak buku jadi kabinet dapur. Lepas siap, nampak kemas dapur dan tak serabut lagi.. 


Seronok mendeko rumah, tu baru rumah sewa, kalau rumah sendiri lagi lah.. macam2 boleh buat. Tapi bab2 nak mendeko rumah memang aku serah kat en.somi aku lah.. sebab dia lagi kreatif. Susun atur dalam rumah pun dia la susun. Aku tak sekreatif dia.. Untung gak deh... banyak jimat dah. Jimat wang, jimat ruang lepas modified dan sangat puas hati.. 

Dalam rumah ni, ada je lah akn dibuat hasil kekreatifan dia.. Kalau tak krana kreatif dia, xdelah kedai sticker online kami Homemadesticker... heee.. so, korang kalau de barang2 atau perabot yg tak terpakai, cuba modifeid supaya jadi satu barang yg boleh guna... may be lebih jimat dari beli baru kan... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ