26 December 2012

Persiapan Persekolahan 2013

Salam dan selamat pagi... Hari ni semua dah mula bekerja kan cikgu cikgi.. aku dah lepas dah meeting hari Isnin lepas.. hari ni de lagi meeting, tapi aku tak terlibat... Tapi esok dan lusa memang aku terlibat.. Dan sudah pasti aku akan bawa Faiqah ke sekolah kerana pengasuh Faiqah tak habis cuti lagi..ok..yang nak distorykan ialah kisah persiapan aku menghadapi persekolahan 2013. 



Semalam, aku ajak suami shopping pra-persekolahan 2013... ingat pelajar je nak beli serba serbi baru, cikgu pun nak juga tau.. semalam g Mydin USJ je.. sebab kat sana , segala kelengkapan ada dan yang pasti murah kan.. Sesampai di Mydin, dh agak ramai org sebab parking pun penuh.. Tambahan Mydin USJ dalam proses pembaik pulih.. nak buat lagi besor dan selesa... 

Masuk Mydin, menghala ke tingkat atas, yang pertama aku grab sarung kaki, Alhamdulillah.. banyak stok sarung kaki dan aku beli 3 pasang je.. dan seterusnya pergi ke bahagian alat tulis.. hadoi.. ramai dan sesak giler.. aku suruh suamiku tunggu je kat mana2, sementara aku g cari brg yg aku nak beli.. sebab susah nak jalan... ramai dengan ibu bapa dn anak2 yg membeli belah barangan untuk persekolahan.. sesetengahnya, ada alat tulis yg habis kat rak dan tak sempat pekerja Mydin nak restock.. 

Turun ke tingkat bawah, Mydin wat sales... baju kurung 3 pasang RM50.. haha.. aku grab la 3 pasang... hehe.. cantik2 dan murah2 je bajunya.. xde yang mahal pun... badan jenis S ni memang sng nak cari baju.. so, cukuplah, de 4 pasang baju baru untuk persekolahan baru.. Kasut aku tak beli kot, sebab banyak dah kasut sekolah aku.. tapi tgk la.. rasa macam nak beli kot sepasang yang selesa dan tak betumit tinggi.. sebab cikgu kan byk berjalan.. sehari tak terkira nek turun tgga berapa kali... 

Itu je lah persiapan untuk tahun 2013.. yang lain2 persiapan mental sebab aku kena ajar subjek lain dari major aku tahun ni, iaitu subjek ICTL.. nak kena study balik la.. aku mana la pnh mengajar pun. yg tahu ajar Pendidikan Islam je.. 

Moga aku, lebih bersedia dan bersemnagt tinggi untuk persekolahan 2013.. Doakan aku ea kengkawn.. setiap tahun baru menghadapi anak2 murid yg baru dan cabaran yg baru.. moga Allah permudahkan urusan aku dan kengkawan yg sekerja dengan aku... ameen...

p/s: terasa cabaran bekerja sbg cikgu pada tahun ke-3 perkhidmatanku..

6 comments:

  1. seronok tgk org buat persiapan anak sekolah ni..

    ReplyDelete
  2. hehehe...cikgu pun kena buat persediaan kan...selamat menempuh alam persekolahan 2013 yer...

    ReplyDelete
  3. Selamat membuat persiapan n kembali ke sekolah ye..semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun2 sebelumnya..

    ReplyDelete
  4. @Lynn Hamzahcikgu lagi kna bersedia.. semua kna bru gak.. nnt ank murid tgur.. hehe

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

All Right Reserved to: myfirdz-trulylove | Designed by: Maria Firdz