Sedapnye Bau inai | ~ Truly Love ~

Kisah Terbaru

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

01 June 2012

Sedapnye Bau inai

Salam n selamat petang semua..

Daun inai
Rajin plak nk update blog lagi.. ni tanda aku bosan la ni, sbb tu lebih dari satu entry sehari, cuba time bosan +xde mood+ xde idea.. bersawanglah blog ni..

Ok, kisah inai di jariku.. ku mmg suka bau inai.. selain wrnanye yg merah, dan cantik, baunye ibarat aromaterapi buat hilang stressku.. Pakai inai ni, dah mcam rutin dlm familyku..

Terbaru, inai msih merah di jari ketika ini, penangan balik kampung la.. bila berkumpul je adik beradik, mesti ku request kt mak, "Mak, tempek inai malam ni"... hehe.. maka, petang nnt mestilah dh sedia inai yg dah dileraikan dari ranting... malamnye, mesti mak la tolong gilingkan,,, aku pandai giling, tapi dah malas plak lepas dah kahwin ni.. 

Ku suka pakai inai pokok original, pnah pakai yg jenis segera kat kedai tu, tapi merahnye sekejap dan baunye pun lain macam je.. tak suka... so, bila balik kg, x lepas peluang.. mujurlah hubby ku jenis dah faham dgn hobiku yag satu ni.. hehe.. wlaupun de anak, tak menghalang ku pakai inai.. 

Pakai inai, dapat rawat kuku dan jari yg rosak.. baunya aromaterapi.. dan wrnanya penyeri jari.. ku minat pkai inai dari sekolah smpailah sekrang, dh beranak satu.. 

Jom, ku nak kongsi sikit petua org2 lama berkaitan dgn daun inai..:
1) Daun inai, blh rawat cirit-birit, caranya dgn minum air rebusan air daun inai..
2) Rawatan orang lepas bersalin, menyegarkan badan
3) Batang/dahan pokok inai, dibuat senduk nasi, blh ubat penyakit dan aromanya blh buat ubat..

Cara-cara nak merahkan inai dijari:
1) Campurkan serbuk teh ke dalam inai yg digiling/ditumbuk
2) Campurkan nasi (sikit je, sbb lau byk nnt jadi hitam inai, x cntik)
3) Air limau nipis
4) selalu basahkan jari yg ditempek inai tu.. supaya air dari inai dapat meresab hbis ke dalam kulit jari..

1 comment

June 1, 2012 at 10:59 PM

guna limau nipis tuh baru taw :)

Post a Comment

Dapatkan Gadjet Murah Di Sini!

Lazada Indonesia
All Right Reserved to: myfirdz-trulylove | Designed by: Maria Firdz