GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan

Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalahSUSU IBU (SI) sahaja.
Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.

Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).

Kolostrum mengandungi:

  • Antibodi yang tinggi
  • Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
  • Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
  • 88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.

SI mengandungi:

  • Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Lemak sebagai sumber tenaga
  • Zat besi bagi mencegah anemia

Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi

  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL

  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT

  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien


Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.

KUMPULAN BIJIRIN

  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.

SAYUR2AN

  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.

BUAH-BUAHAN

  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.

KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG

  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA)dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.

LEMAK DAN MINYAK

  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan
Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:

  • Putih telur
  • Kacang
  • Makanan laut
  • Gandum
  • Buah limau

ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

  • Garam, Gula dan Bahan Perasa
  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan

  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan

Makanan Semasa Sakit

  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.
Sumber asal: Facebook

0Ulasan