GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

ADA APA DENGAN CINTA??????

Cinta syahdu fitrah manusia,
Cinta pertama kepada Yang Maha Esa,
Tanpanya bisa merobek jadi sengsara,
Itulah tiang seri keindahan sebuah cinta.

Cinta sejati kekadang hanya sementara,
Walaupun janjinya sehidup semati bersama,
Cinta sejati dari mata turun ke hati,
Kehidupan susah dan senang tetap dihayati.

Adakalanya cinta membawa derita,
Ada juga yang membawa sinar bahagia,
Cinta boleh berubah bila-bila masa,
Ketika itu dua insan menjadi sengsara.

Cinta dalam hati boleh jadi gerhana,
Pabila terlerai kasih yang pernah dibisikkan,
Cinta suatu anugerah Allah Yang Maha Kuasa,
Tidak terungkap untuk mentafsirkannnya.

Cinta kudus mewarna kehidupan,
Cinta di bibir hanya melamun rasa,
Cinta kepada Islam akan berterusan,
Cinta sejati sanggup berjuang apa sahaja.

Ada insan cintanya pada harta benda,
Ada insan cintanya melepaskan nafsunya,
Ada insan cintanya membabi buta,
Ada insan memburu cinta di mana sahaja.

Karya asal: Hambali Aabdul Razak-Majalah NUR: Feb. ‘04

0Ulasan