Salam semua..
Entry gembira dan penuh rasa syukur pagi ni.. Menaip sambil mengepam utk bekalan si comel sy.. Faiqah Mu'affah... Hari ni genap sudah usia Faiqah comel 6 bulan.. bermakna 6 bulan juga dia exclusif breastfeeding. Dia membesar dgn susu ibu, tanpa sedikit campuran susu lain..
Saya turt berasa syukur kerana, walaupun saya penghidap asma, dan sepanjang 6 bulan ini, 2 kali saya diserang asma teruk, namun, itu bukan alasan sy utk tidak menyusukan Faiqah atau memberhentikan penyusuan utknya... Itulah dikatakan keyakinan, usaha, dan doa yg bersungguh-sungguh, pasti Allah akan bantu kan..
Susu saya juga pernah mengalami zaman kemerosotan, namun cepat2 dipulih dgn usaha "power pumping" dan menjaga pemakanan seimbang, serta yakin dan positifkan minda... Dgn usaha itu, susu kembali ke asal... Dan tiada istilah putus asa dalam diri saya, utk susukan Faiqah 2 tahun...
Dalam minda saya, xde langsung istilah nak bg dia minum susu tepung, mmg xde langsung, sy hnya bekalkan susu ibu sahaja, selagi rezeki ini ada, selagi itulah Faiqah akan menikmati susu ibunya..
Kepada Allah, hanya syukur atas nikmat dan anugerah yg dikurniakan-Nya.. Semoga Allah terus memberikan Faiqah rezeki susu ibu, dan membesar dgn sihat sempurna dr segi fizikal, mental dan rohaninya.. Insya-Allah..








rezeki faiqah dpt susu ibu..dh tembam ye~
ReplyDeletealhmdulillah... ha'a... xde la tmbm mna, tp smgt ada...:)
Deletealahai comelnya..anak sulung wa dulu un brestfeed sampai 3 tahun , tapi yang ke 2 , 3 bulan je...dia tak nak dah..:(
ReplyDeleteknapa xnk plak... xpe la kurg2 ada yg berjaya kan.. :)
DeleteAlhamdulillah....semoga semuanya berjalan lancarkan...susu ibu adalah yang terbaik!!
ReplyDelete