29 December 2011

Cara Nak Ajar Botol Susu Itu

Salam semua...

Seronok bila lihat anak hisap susu yang kita perah melalui botol dan nikmat jika dapat susukan anak secara terus (direct feeding)... JIka dipilih, saya lebih suka direct feeding berbanding bagi botol.. tetapi disebabkan saya berkerjaya, nak x nak kena ajar botol juga...

My baby, saya ajar botol, masa usianya 2 bulan ++... dia nak ke hisap??? hahaha.. mmg mencabar nak ajar baby yang sukan direct feeding isap susu botol... meraung, menangis, merayu minta ummi hentikan.. seolah2 katanya "ummi jangan la paksa Faiqah minum guna botol"... tetapi ku pujuk2 jua si Faiqah comel..

Cara nak pujuk:
Guna psikology bayi... yang pertama, peluk dan cium dia... cakap2 kan padanya kenapa kita suruh dia minum guna botol.. bagitau dirinya susu itu adalah susu ummi.. bukan susu tepung... tenunglah matanya... dalam cakapkan dalam hati ke hati bahawa ummi sangat sayangkannya... Pertama kali anda buat mmg susah, lama2 dia akan terima... Fitrah, wpun baby x boleh bercakap, tapi dia amat faham apa yg ibu dan bapanya cakapkan... 

Teknik di atas juga, perlu ada usaha2 lain iaitu menukar puting botol yang sesuai... yang pertama, saya cuba puting botol biasa iaitu jenama Fiffy, yang kedua bertukar kepada jenama Pureen... akhir sekali, saya cuba yang mahal sikit, iaitu jenama MAM... Saya mmg tekad dan guna pendekatan di atas, sbb nya mahal sy kuar modal nk beli botol susu tu.. bukan nak berkira dgn anak sndiri, tetapi sy bukannya anak org kaya dan senang, so, sesuatu yg mahal, perlu sy hargai... 

Hari pertama, sy ajar, mmg Faiqah meraung x nak minum, saya sambung keesokan harinya dengan ungkapan sayang jom minum susu ummi... tunjukkan botol padanya... dan main2 kan puting botol susu pada lidah dan mulutnya... dan dalam hati sy iringi dengan doa, Alhamdulillah dia terima, 

Mula2 ajar, ber "oz-oz" habis, terbuang di dalam singki dapur shj, namun kena redha demi anak tercinta... Sekarang bukan masalah lagi... Faiqah dah minum guna botol dan dia x keliru puting ori dan x ori... 

Nak ajar anak minum susu guna botol, mmg perlukan sabar dan cekal hati serta iringi lah dengan doa.. Doa seorg ibu pada anaknya sangat2 mustajab.... 

5 comments:

  1. salam..anak saya skrg 2 months++..skrg nk try bagi susu botol..masa pantang bagi jugak tapi x selalu sbb malas nk perah susu..dah try mcm2 puting,dia tak nak,,boleh tahu tak,awak baca doa apa masa bagi susu botol kat baby?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca alfatihah dan selawat nabi pun boleh.. Sy xde la bca doa yg khusus... Alfatihah maksudnya pembuka.. Moga Allah membuka laluan kita dan pmudhkn urusan kita.. Doa dgn sepenuh hati dan pengharapn hnya padaNya.. Insyaallah.. Allah maha mendgr..doa dr ibu kpd anaknye xde hijab..

      Delete
  2. sy pun tgh mencuba nk kasi anak sy botol..mmg dh start cb ms dlm pantang lg..tp x selalu..ni bila lg sebln nk bukak sek br gigih nak kasi..tp dh 3 hari cuba..bby still refuse...dekat sejam ngs...xnk jgk botol..at last sy kasi je direct feeding...riso melanda ni..tp akan ttp jgk gigih berusaha...smg Allah bukak hati anak nk bottle feeding...

    ReplyDelete
  3. salam kenalan...sy pun baru jer masuk keje lepas abis cuti bersalin...cukup mencabar nak bg susu botol kat baby sampai meleleh air mata pujuk dia...silapnya sy lambat ajar dia..seeloknya kena biasakan baby dgn botol sejak awal lagi...smalam 1st day antar taska..Alhamdulillah pengasuh kata dia mau minum walaupun mcm terpaksa...

    http://mylittleprincessbatrisyia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salam... Saya pun ada masalah yg sama... Now anak da 4bln still refuse botol. Hantar kat pengasuh sanggup dia xminum. Dlam pantang elok je dia minum botol. Saya stress sgt takut dia lapar n risau pengasuh xnak jaga nnti... Mcm2 puting da cuba... Plz help me...

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

All Right Reserved to: myfirdz-trulylove | Designed by: Maria Firdz