Berpantang Cara Moden vs Tradisional: Yang Mana Pilihan Anda | ~ Truly Love ~

Kisah Terbaru

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

13 September 2011

Berpantang Cara Moden vs Tradisional: Yang Mana Pilihan Anda

Salam... Petang2 yang indah.. gatal lak cari nak update blog yg x seberapa ni... Sambil bertemankan Faiqah yang lena diulit mimpi petang... (siangnye kuat tido.. mlm berjaga...ikut perangai sape la.. hihi...)

Opss..okay.. kembali kpd tajuk diatas ea... nak cite pasal cara berpantang tradisional dan moden... korang pilih yang mana??? Jawapan aku, aku pilih cara tradisional mengikut cara ibuku... sebab utama, ibuku adalah idola aku dalam cara berpantang sbb walaupun usia ibuku sekarang dah masuk 63 tahun, tapi kudratnya masih kuat, jarang diserang sakit2 teruk dan xde penyakit2 yang biasa menyerang org2 veteren... mcam penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis... biasanya hanya demam2 ringan je... Ibuku juga masih gagah utk mengangkat baldi yg penuh air, membelah kayu menggunakan kapak, menumbuk biji kopi, mengait buah-buahan... semuanya dilakukan sendiri... So, mesti ada petuanya kan...

So, sejak dari awal kehamilan, aku mmg dh tekad nak berpantang di kampungku sendiri... lagipun anak sulung, belum ada pengalaman... Hari ni dah masuk 14 hari aku berpantang di kampungku... Ibuku jaga aku semasa pantang... Macam mana pantang cara ibuku... jom layan...:
1) Pantang dalam tempoh 44 hari atau 100 hari, tapi ibuku pesan, biar berpantang (makan) selagi masih menyusu bdan...
2) Jangan minum dan makanan yang sejuk.. Ais dielakkan sama sekali... Contoh makanan bersifat sejuk: sayur sawi batang putih, lau batang hijau blh makan tu pun mak bagiku makan lepas, luka jahitan sembuh atau selepas 20hari... buah-buahan yg byk air, lau epal tu blh la..
3) elakkan makan makanan yg bersifat angin cntoh: kekacang... tapi lau org yg x alah, blh je makan... sbb kena elakkan takut2 anak kembung perut kalau kita menyusu badan...
4) minum minuman panas atau suam shja.. jgn minum air berais atau air masak sejuk..
5) Mandi dengan air panas atau air rebusan pucuk2 kayu... kat kampung mmg xde mslh nk dapatkan pucuk2 kayu ni..
6) Yang paling penting, bertungku... setiap hari aku bertungku.. Dari jam 6pg hingga jam 12tghari, kemudian smbng pulak dari jam 7 mlm hingga batu tu sejuk... begitulah rutin harianku sepanjang berpantang...
7) Berurut... 3 hari berturut-turut (seelok-eloknya). Yang ni mak bidan dijemput utk mengurutku sepanjang berpantang... Aku berurut selama 3 hari sahaja...tujuan berurut utk buang angin dlm badan dan nk betuk2 urat saraf yg tersimpul.. mmg sedap betul kena urut.. ringan je bdan... lagi satu tujuannya nak betulkan semula kedudukan peranakan kita (rahim)... nak kecutkan rahim dan letak balik ditempat asal... sbb masa mengndung rahim kita mengembang dan kedudukannya kebawah diakhir kehamilan...
Betulkan kedudukan rahim ni penting, sbb kalau tak urut,peranakan blh jatuh...dan kita sndiri tak selesa nnt...

Mak juga pesan, jangan sesekali tersepak atau tersadung ibu jari, sbb blh rendahkan peranakan... kesannya dalm jgka masa pnjang, so, kena berhati2... Lagi pesanan mak, paling kurang 2 bulan lebih baru blh 'bersama' semula dgn suami.. sbb nak pastikan rahim tu betul2 sembuh...

semasa dalam pantang, macam2 mak pesan... dan aku ikut je, sbb nk sihat cepat... mmg betul...badan aku mmg sihat spnjang 2 minggu ni.. cepat baik lukanya... bdan pun rasa ringan je...

Aku tak berpantang cara moden, sbb bagi aku yang lama byk kelebihannya... Itu pilihan saya, anda???

1 comment

January 10, 2013 at 11:00 AM

terima kaseh atas perkongsian..:) saya pun suka cara tradisional ni. tapi masa berpantang ari tu kat umah sendiri jer jd takde la berurut dan bertungku..huhu tp memang badan cepat letih.mak cakap sebab pantang saya tak jaga betul-betul..insyaAllah ade rezeki pasni memang nak berpantang kat kampung jer senang nak berurut ngan bertungku..

Post a Comment

Dapatkan Gadjet Murah Di Sini!

Lazada Indonesia
All Right Reserved to: myfirdz-trulylove | Designed by: Maria Firdz