Cara nak tingkatkan Hemoglobin (Hb) Darah Ketika Mengandung | ~ Truly Love ~

Kisah Terbaru

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

13 August 2011

Cara nak tingkatkan Hemoglobin (Hb) Darah Ketika Mengandung



Di sini aku nk kongsi sedikit pengalaman walaupun x seberapa... Cara nk tingkatkan Hemoglobin (Hb) darah ketika mengandung... Memang ramai ibu2 muda diluar sana gelisah tentang rendahnye Hb ni... Kenapa pentingnya Hb ni??? salah satu sebabnya utk mengelakkan risiko tumpah darah ketika mengandung...

Sebab tu setiap bulan hingga akhir kandungan, darah ibu akan dianalisis... dan nurse atau doktor, akan tgok tekanan darah dan Hb ni dulu... kalau bawah 11.0 diorg dh bagi warning supaya berjaga-jaga... Hb aku sepanjang aku mengandung paling rendah 10.8... masa awl2 kehamilan iaitu 3 bulan lbh usia kandungan aku (baru wat buku merah) Hb aku paling tinggi 12.5... mmg bagus sekali nurse cakap... lepas dari tu trun sikit je, dan bila check-up pada usia kndungan 6 bln Hb turun kpd 10.8.. so, dgn inisiatif yg ada aku teruskan usaha untuk naikkan semula Hb ni... berkat sokongan padu dari hubbyku, Hb ku terus naik.. dan ketika check-up 32 minggu yg lepas, Hb ku berada pada paras 11.9... 

Ada beberapa tips dan petua nak tingkatkan Hb dan nk maintainkan supaya Hb x turun lagi. Antaranya:
1) Elakkan sama sekali kopi dan teh... dua jenis minuman ni berfungsi menyerap zat besi yg kita ambil. HAsilnya, zat besi dalam badan akan berkurangan... Zat besi adalah pun utama pembentukan Hb darah.

2) Makan hati ayam, bayam merah, dan daging segar sekurang-kurang sekali seminggu...

3) Minum jus jambu batu.. sbb jambu batu kaya dgn zat besi... (ni minuman kegemaran aku masa awl2 kehamilan)

4) Makan iron tablet yg dibekalkan oleh doktor. Boleh makan bersama dgn vitamin Obimin. Makan vitamin diawal pagi ketika perut kosong... sbb memudahkan penyerapan vitamin keseluruh badan.

5) Kawal diri, supaya jgn stress... sbb stress juga blh watkan tekanan darah meningkat... kalau stress kuar jalan2 atau riadah bersama yg tersayang... lau yg dok berjauhan... kena sabar byk2... 

6) Akhir sekali, berdoa lah.. sbb segala usaha kita mesti disertakan dengan doa, dan akhirnya tawakal...

3 comments

Anonymous
December 27, 2012 at 2:50 PM

Nice response in return of this issue with real arguments and describing all about that.
Also see my web page :: electronic delivery

Anonymous
December 30, 2012 at 10:15 AM

Your way of telling everything in this paragraph is truly pleasant, every one
can without difficulty understand it, Thanks a lot.
Check out my page ; vidacup products

Anonymous
January 4, 2013 at 4:44 AM

Superb, what a web site it is! This webpage provides useful data to us, keep
it up.
Feel free to surf my web page :: iraqi dinar revalue

Post a Comment

Dapatkan Gadjet Murah Di Sini!

Lazada Indonesia
All Right Reserved to: myfirdz-trulylove | Designed by: Maria Firdz